1) Dari Ibnu Abbas R.A., berkata: "Rasulullah S.A.W berubat dengan berbekam ketika beliau sedang ihram." (HR. Bukhari)
2) Dari Anas bin Malik R.A., berkata: “Nabi S.A.W. pernah berbekam ketika beliau tengah berihram karana rasa sakit di kepalanya.” (Sahih Ibnu Khuzaimah, karya al-A’zhami)
3) Dari Ibnu Abbas R.A., berkata: "Rasulullah S.A.W. berubat dengan berbekam ketika beliau sedang puasa." (HR. Bukhari)
4) Dari Abdullah bin Buhainah R.A., berkata: “Rasulullah S.A.W. berbekam di bahagian tengah kepalanya sedang baginda tengah berihram kerana pening yang baginda rasakan.” (HR. Bukhari)
5) Dari Ibnu Umar R.A., berkata: “Nabi S.A.W. pernah berbekam di kepalanya dan menyebutnya sebagai Ummu Mughits.”
6) “Rasulullah S.A.W. bersabda: ‘Tidak batal puasa orang yang muntah atau orang yang bermimpi (basah) dan tidak juga orang yang berbekam’.” (HR. Abu Dawud)
7) Dari Jabir R.A., berkata: “Sesungguhnya Nabi S.A.W. jatuh dari kuda baginda dan menimpa batang pohon, sehingga kaki baginda patah. Waki’ R.A. berkata: ’Sesungguhnya Nabi S.A.W. berbekam di bahagian kaki yang terseradung’.” (Sahih Sunan Ibnu Majah)
8) Dari Jabir R.A.: “Nabi S.A.W. pernah berbekam kerana kaki baginda terseradung.” (Sahih Ibnu Khuzaimah)
9) Dari Anas bin Malik R.A.: “Bahawa Nabi S.A.W. pernah berbekam di kedua urat merih (jugular vein) dan punggung bahagian atas.” (HR. Abu Dawud)
10) Dari Abu Kabsyah al-‘Anmari R.A.: “Rasulullah S.A.W. pernah dibekam dibahagian tengah kepalanya dan dipangkal punggungnya. Dan baginda bersabda: ‘Barangsiapa mengalirkan darah ini, maka tidak akan mudarat baginya untuk mengubati sesuatu dengan sesuatu’.” (Sahih Sunan Abu Dawud (no. 3268), lihat juga kitab Jaami’ul Ushuul)
11) Disebutkan oleh Abu Nu’aim di dalam kitab ath-Thibbun Nabawi, sebuah hadithmarfu’: “Kamu harus berbekam di jauzatil qamahduwah, kerana sesungguhnya ia dapat menyembuhkan dari 5 penyakit.” Beliau menyebutkan diantaranya adalah kusta.
P/S:Allahualam,Semoga Dapat Memberi Manfaat...

No comments:
Post a Comment