Selamat Bercuti Kepada Pembaca Sekalian.
Hari Ini Admin Akan Berkongsi Cara Admin Membasuh Serta Mencuci Cawan Bekam...
1) Admin Akan Keluarkan Semua Cawan Yang Telah DiBekam,Lalu Disiram Serta Ditembak Dengan Air Dalam Keadaan Tekanan Air Yang Tinggi Bertujuan Untuk,Membuang Sisa Darah Yang Terdapat Di Celah-celah Cawan Bekam.
2) Cawan Akan Direndam Dalam Air Panas Yang Baru Mendidih Selama 30 Minit.
2)Air Rendaman Tadi Dibuang Dan Ditukar Dengan Air Panas Yang Baharu Dan Dimasukkan Semula Cawan Bekam.
3)Air Panas Berserta Cawan Bekam Tadi Di Biarkan Sehingga Suam,Lalu Admin Campurkan Clorox,Sabun Dettol Serta Sabun Pencuci Anti Bacterial Dan Dikacau Sehingga Sebati.
4)Lalu Admin Akan Biarkan Air Campuran Bahan Cucian Tadi Selama Satu Hari.
5)Selepas Dibiarkan Selama Satu Hari,Admin Bilaskan Semua Cup Dan Dibiarkan Sehingga Kering.
6)Apabila Kering,Admin Masukkan Kesemua Alatan Bekam Ke Dalam Mesin Uv Sterile Dan Dibiarkan Selama 15 Minit.
*Inilah Rupa Uv Sterile,Bertujuan Mematikan Serta Menghapus Bakteria Dan Kuman,Insyaallah.
7)Setelai Selesai Kesemua Proses Di Atas,Kesemua Alatan Bekam Akan Disimpan Dalam Keadaan Tertutup.
Insyallah,Semoga Perkongsian Admin Kali Ini Akan Memberi Manfaat.
Kebersihan Dan Kesucian Nadi Utama Dalam Kehidupan Untuk Beribadat.
P/s:SEKIRANYA ADA DARI KALANGAN PEMBACA YANG LEBIH ARIF,MOHON TEGURAN DARI KALIAN UNTUK MEMBERI TUNJUK AJAR KEPADA ADMIN DAN TINGGALKAN DALAM RUANGAN KOMEN ATAU CHAT INBOX.JASA KALIAN AMATLAH DIHARGAI,SEKIAN TERIMA KASIH.



No comments:
Post a Comment